Bagaimana cara berdagang saham di FBS? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bagaimana cara berdagang saham di FBS?


Para pelabur berpengalaman sentiasa mematuhi peraturan yang mengatakan "Jangan letak semua telur dalam satu bakul". Ia bermaksud mengagihkan dana pelaburan ke pelbagai pasaran dan aset membantu anda memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan risiko anda. 

FBS membolehkan anda meraih keuntungan bukan hanya dari matawang dan komoditi, tetapi juga dari mendagangkan saham-saham pelbagai syarikat terbesar AS.

Saham adalah sejenis sekuriti yang memberikan pemilikan secara berkadaran ke atas syarikat yang mengeluarkannya. Dalam perkataan lain, jika anda memiliki saham Apple Inc., ini bererti anda memiliki sebahagian kecil dari syarikat pembuat iPhone ini. Para pedagang membeli dan menjual saham syarikat-syarikat awam. Kesannya, harga saham bergerak turun dan naik, mencipta peluang-peluang yang menarik untuk perdagangan.

Apakah CFD saham dan mengapa dagangkannya

Walaupun kita boleh membuat banyak wang dengan membeli dan menjual saham, proses sebenarnya tidak semudah itu. Untuk mula berdagang saham anda perlu mengisi banyak sekali borang dan melaburkan dana dalam jumlah yang besar. Bagaimana pun, ada penyelesaian yang mudah yang membolehkan anda menggabungkan ciri-ciri terbaik pasaran saham dengan ciri-ciri tipikal perdagangan matawang. Penyelesaian ini dinamakan CFD (Contracts for Difference). 

CFD adalah sejenis kontrak yang istimewa dan berdasarkan kepada harga suatu aset pendasar (di dalam kes ini, harga untuk suatu saham yang tertentu). Ia membolehkan para pedagang meraih manfaat dari perbezaan harga kemasukan (entry price) dan harga keluar (exit price) suatu dagangan. 

Contoh. Jika anda buka dagangan beli untuk saham Tesla pada harga $300 dengan volum 1 lot dan harganya meningkat menjadi $350, anda akan memperoleh $50 (tanpa mengambil kira soal komisen). Dengan leveraj 1:10 anda tidak memerlukan seluruh amaun $300 untuk membuka dagangan ini: margin yang akan diperlukan untuk menampung posisi anda bersamaan dengan hanya $30. Jika anda buka dagangan yang bersaiz lebih besar, keuntungan yang anda boleh dapat bagi pergerakan harga yang sama akan menjadi lebih banyak. Hal yang sama juga benar bagi kerugian sekiranya pasaran bergerak melawan anda, jadi sentiasa beringat untuk menggunakan pengurusan risiko yang sewajarnya.

Seperti yang anda boleh lihat dari contoh di atas, saham CFD membolehkan anda menikmati perdagangan saham tanpa kerenyahan kerja pemindahan pemilikan saham dari penjual kepada pembeli.

Secara keseluruhannya, CFD memiliki kelebihan seperti berikut:

Anda boleh buka kedua-dua dagangan beli dan jual dengan saham CFD, manakala saham tradisional membolehkan anda meraih keuntungan hanya dengan kenaikan harga. 

Saham CFD didagangkan dengan menggunakan margin, jadi anda boleh mempunyai leveraj tambahan berbanding pembelian aset pendasar itu sendiri secara biasa.

Anda boleh nikmati kedua-dua perdagangan saham dan matawang menerusi antaramuka MetaTrader yang anda sudah kenali.

Apakah yang mendorong harga saham?

Saham-saham CFD mempunyai carta harga yang sama dengan saham-saham tradisional yang mendasarinya. Untuk membuat wang dari harga saham anda perlu memasang MetaTrader 5.

Maklumat tentang harga saham tiba ke MT5 secara terus dari pasaran-pasaran saham Amerika. Kesannya, jika anda buka akaun MT5 dengan FBS dan pasang program ini di komputer atau telefon pintar anda, anda boleh dagangkan saham seperti anda dagangkan matawang. Semua ilmu tentang analisis teknikal yang anda sudah ada boleh digunakan, sama seperti di pasaran Forex. 

Namun, faktor-faktor fundamental yang mendorong harga saham adalah berbeza. Dinamik suatu saham bergantung kepada laporan kewangan dan berita-berita lain yang terkait dengan syarikat yang terkait. Pasukan FBS memantau berita saham-saham utama dan menyediakan analisis di laman web syarikat, supaya pedagang boleh sentiasa membuat wang dari dinamik harga saham. Tambahan lagi, setiap tiga bulan syarikat-syarikat akan menerbitkan laporan pendapatan dan perolehan. Terbitan-terbitan ini menjurus kepada swing-swing yang besar pada harga saham dan mencipta peluang keuntungan yang besar untuk semua pedagang saham CFD. 

Untuk mula berdagang saham, anda perlu buka akaun MT5, muat turun dan pasang perisian ini, dan log masuk ke akaun anda. Selepas itu, lakukan analisis dan mula jana pendapatan! 

Bagaimana cara memuat turun MT5 dan cara buka akaun saham?

DI bawah, anda akan temui langkah-langkah mudah untuk menyediakan akaun MT5. 

Langkah 1. Lawati laman peribadi anda di laman web FBS. Klik "Buka akaun" di dashboard anda. 


Di menu "Jenis akaun" pilih "Cent MT5" atau "Standard MT" dan tekan butang "Buka akaun". Anda akan mendapat nombor akaun baru anda dan kata laluan akaun dagangan anda. 


Langkah 2. Muat turun MT5 sama ada dari laman peribadi anda atau seksyen "Perdagangan" di menu laman web. Pasang perisian tersebut di komputer atau telefon pintar anda. 

Langkah 3. Log masuk ke MT5 menggunakan maklumat akaun yang anda terima di Langkah 1. Proses log masuk berjaya bila anda dapat melihat ikon hijau bersama kelajuan sambungan internet anda di sudut bawah kanan platform perdagangan.   

Buka tetingkap "Market watch", klik kanan dan pilih "Show all". Anda boleh tatal (scroll) senarai aset yang tersedia untuk perdagangan ke bawah dan pilih saham yang anda mahu dagangkan. "Contract Specifications" akan memberitahu anda maklumat-maklumat penting tentang CFD ini.

Mula raih pendapatan dengan saham

Leveraj untuk berdagang saham dengan FBS adalah 1:10. Perdagangan saham di MT5 tersedia mulai dari 16:30 hingga 23:00 waktu MT di hari minggu (Isnin - Jumaat).

Sila maklum satu perkara yang penting tentang komisen: bila anda buka dagangan, anda tidak akan dapat melihatnya di tab "Trade". Bila anda tutup dagangan tersebut, komisen akan ditunjukkan di sejarah akaun (account history). 

Ingat, sebelum anda mula berdagang dengan wang sebenar, anda sentiasa boleh berpraktis dengan akaun demo dahulu. Untuk tujuan itu, pilih tab "Demo" di dashboard laman peribadi dan klik "Buka akaun". 

Contoh dagangan saham

Mari kita lihat saham Bank of America (BAC). Ia berprestasi agak baik di suku terakhir 2019: harga menembusi garisan rintangan 2018-2019 dan telah berada di dalam uptrend sejak dari itu. Pada November-Disember, harga mengukuh dalam suatu pola segitiga, tetapi ia kemudiannya membuat penembusan ke atas. Berita yang mengatakan ahli-ahli Rizab Persekutuan tidak menjangkakan berlakunya pemotongan kadar pada tahun 2020 telah mendukung harga BAC kerana bank-bank biasanya makmur di dalam suasana di mana kadar faedah meningkat. Berita ini memberikan kita satu alasan fundamental untuk membuat dagangan buy yang anda lihat di gambar di bawah.    

Masa untuk berdagang saham telah tiba

Berdagang saham CFD dengan FBS akan membantu menjadikan perdagangan anda lebih rencam dan menawarkan anda lebih banyak peluang meraih keuntungan. Buka akaun MT5 dan buat untung dengan Google, Facebook, dan lebih banyak lagi bersama FBS!



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini