Dagangan ringgit berakhir lemah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

 


Dagangan ringgit berakhir lemah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari pertama dagangan bagi bulan Julai apabila mata wang negara maju itu meningkat menjelang pengumuman data senarai gaji AS.

Manakala, Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan Malaysia (PMI) yang lemah telah menjejaskan sentimen pasaran.

Pada 6 petang, mata wang tempatan menyusut kepada 4.1575/1600 daripada paras penutup 4.1480/1500 pada Rabu.

Menurut Bloomberg, won menerajui penurunan mata wang negara sedang pesat membangun selepas Korea menghentikan rancangan untuk melonggarkan pergerakan di negara itu, manakala indeks pengurus pembuatan Asia mencerminkan pemulihan ekonomi rendah apabila pandemik COVID-19 terus menjejaskan pengeluaran.

IHS Markit Malaysia Manufacturing PMI, petunjuk angka tunggal komposit bagi prestasi pembuatan turun kepada 39.9 pada Jun 2021 daripada 51.3 pada bulan sebelumnya mencerminkan langkah pembendungan COVID-19 yang lebih ketat.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7257/7292 daripada 5.7462/7490 pada Rabu dan naik berbanding euro kepada 4.9271/9300 daripada 4.9316/9339.

Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0869/0890 daripada 3.0870/0887 dan menambah berbanding yen kepada 3.7280/7303 daripada 3.7528/7550 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini