Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS pagi ini selepas saham AS menyusut apabila testimoni pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell yang memihak kepada pertumbuhan ekonomi gagal memberikan sebarang pemangkin baharu untuk membeli aset berisiko, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan itu meningkat sebanyak 20 mata asas untuk dibuka pada 4.2000/2015 berbanding dolar AS daripada 4.2020/2030 pada penutupan semalam (Khamis).

Powell berkata inflasi akan melonjak seketika daripada unjuran dua peratus yang dibuat oleh Persekutuan sebelum susut kepada angka yang telah diunjurkan itu, sekali gus menandakan masih terlalu awal untuk mengetatkan dasar.

Justeru, penganalisis pasaran kanan OANDA Edward Moya berkata pelabur tidak tertarik langsung dengan data ekonomi bercampur-campur hari ini walaupun sudah masuk hari ketiga bank-bank AS mencatatkan pendapatan yang agak kukuh.

Sementara itu, Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata kebimbangan mengenai penularan pantas varian Delta COVID-19 Delta telah memaksa banyak negara di Asia untuk mengetatkan lagi sekatan pergerakan yang akan memberi kesan buruk kepada harga minyak dalam situasi permintaan yan semakin perlahan.

"Harga minyak yang lebih rendah akan menjadikan nilai ringgit rendah memandangkan pergerakan harga minyak mentah Brent yang mempunyai pengaruh kepada unit tempatan," katanya.

Beliau mengunjurkan ringgit akan terus diniagakan dalam julat
RM4.19 hingga RM4.20 hari ini.

Pada paras pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Unit tempatan itu mengukuh kepada 4.9606/9624 berbanding euro daripada 4.9764/9776 pada penutupan sebelumnya, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8220/8237 daripada 3.8256/8265, lebih tinggi pada 3.0994/1010 berbanding dolar Singapura daripada 3.1052/1062, dan naik berbanding pound Britain kepada 5.8090/8111 daripada 5.8252/8266 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini