Adakah anda rasa kebijaksanaan faktor utama untuk berjaya dalam trading? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Adakah anda rasa kebijaksanaan faktor utama untuk berjaya dalam trading?

Sudah tentu ia membantu melaksanakan strategi yang lebih berkesan, tetapi sebilangan trader akan tetap menjadi lebih cekap secara tanpa disedari melalui pengalaman luas yang mereka lalui atau usaha gigih yang mereka lakukan.

Disiplin adalah kunci kejayaan tidak kira berapa tahap IQ kita. Sekiranya kita tidak mempunyai disiplin diri yang diperlukan, kita tidak akan dapat mengawasi keuntungan, dan akan mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai matlamat,  atau mudah berputus asa berbanding orang lain .

Malah, disiplin merupakan bahagian yang paling sukar dalam trading. Kami ingin berkongsi tiga petua untuk membentuk disiplin diri bagi menjadikan anda lebih bersedia untuk trading.

1.  Sentiasa ingat matlamat anda 

Menumpukan perhatian pada ganjaran yang bakal diterima dapat menghalang anda daripada  berhenti, tetapi anda perlu menetapkan matlamat yang munasabah, MESTI jelas dan boleh direalisasikan. Elakkan terlalu terbawa-bawa dalam menetapkan matlamat yang tidak realistik, seperti memperoleh keuntungan satu bilion ringgit pada akhir tahun pertama trading anda.

2.   Fokus pada apa yang perlu dilakukan .

Tumpukan perhatian anda kepada bagaimana hendak mencapai matlamat anda, dan cuba kecilkan objektif anda untuk mempunyai gambaran yang lebih jelas mengenai langkah-langkah yang perlu diambil. Sebagai contoh, matlamat anda adalah berterusan mengaut keuntungan dan pada masa yang sama melindungi keuntungan tersebut, oleh itu anda bolehlah mengaktifkan trailing stop untuk trading yang anda sedang lakukan.

3.  Jauhkan diri anda dari pemikiran dan suasana yang negatif.

Apabila matlamat dan pelaksanaan sudah ditetapkan, emosi anda adalah penting ketika memantau kemajuan kerana kita mudah terbawa-bawa dalam gerakan pasaran. Sebab inilah pentingnya bagi anda memiliki sesuatu seperti statistik trading, iaitu ketika pasaran bergerak bertentangan dengan jangkaan, dan memaksa anda untuk meragui diri sendiri.

Oleh itu, mempunyai matlamat yang jelas akan lebih memudahkan anda untuk terus bermotivasi dan menumpukan perhatian anda. Anda akan terperangkap dalam kekecewaan jika tidak mempunyai panduan yang nyata . 

Adakah anda mahu menjadi trader yang  berdisiplin? Tetapkan matlamat yang khusus dan nyata DAHULU  !

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini