Peraturan Rahsia Trader Lagenda Jesse Livermore - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Peraturan Rahsia Trader Lagenda Jesse Livermore

Jesse Livermore dilahirkan pada tahun 1877, dan merupakan seorang trader saham yang berjaya, yang memiliki kekayaan besar bernilai $ 100 juta ($ 1.5 bilion nilai sekarang)  pada tahun 1929. 

Walaupun dia sering mengecap kejayaan, adakalanya dia mengalami kerugian juga kerana dia melanggar peraturannya sendiri.

Apakah peraturan rahsianya itu ?

• Trade mengikut trend. Membeli ketika pasaran menaik, short ketika pasaran menurun.

• Jangan  trade apabila peluangnya tidak jelas.

• Gunakan pivot point untuk melakukan trading.

• Tunggu pasaran mengesahkan pendapat dahulu sebelum membuat membuat pembelian, mesti ada kesabaran .

• Biarkan keuntungan terus berjalan. Tutup trade yang mengalami kerugian, kerana trade yang bagus akan terus memberikan keuntungan.

• Trade dengan meletakkan harga stop, dan tentukan ia sebelum kita membuat pembelian.

• Hentikan trade apabila prospek untuk mendapat keuntungan terlalu jauh .

• Trade saham yang terbaik dalam setiap sektor.

• Trade saham paling kukuh dalam pasaran menaik dan saham paling lemah dalam pasaran menurun.

• Jangan average down stok yang sedang mengalami penurunan.

• Sekiranya tidak dapat memenuhi panggilan margin, tutup saja kedudukannya. 

• Jangan mengikuti terlalu banyak stok pada masa yang sama.

Pada hakikatnya Jesse Livermore ialah seorang trader yang belajar sendiri, tetapi bagaimana dia boleh trade secara begitu profesional hingga dia berjaya memiliki kekayaan yang begitu besar ? 

Walaupun peraturan rahsia ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang, tetapi kita perlu menyusun strategi terbaik yang bersesuaian dengan kita.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini