Ringgit dibuka lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
JustForex

Ringgit dibuka lebih rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan penyusutan harga minyak serta pengukuhan dolar susulan permintaan ketara terhadap penjualan bon 20 tahun Perbendaharaan AS bernilai AS$27 bilion.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada paras 4.2370/2395 berbanding dolar AS daripada 4.2350/2390 yang dicatatkan pada Rabu.

Seorang penganalisis berkata, sekatan pergerakan di beberapa pelabuhan paling sibuk dunia di China akibat penularan terbaharu COVID-19, turut menimbulkan kebimbangan mengenai permintaan terhadap pasaran minyak dan gas.

Pada pagi ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, berkurangan 1.45 peratus kepada AS$67.33 setong.

Beliau berkata, kalangan pelabur juga masih berhati-hati sementara menunggu perkembangan lanjut mengenai pelantikan Perdana Menteri baharu pada minggu ini.

Satu Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu dijadual diadakan di Istana Negara pada Jumaat dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka mengumumkan keputusan pilihan Perdana Menteri oleh 220 ahli Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, ringgit dibuka mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1102/1122 daripada 3.1142/1176 pada akhir Rabu dan naik berbanding yen kepada 3.8525/8548 daripada 3.8619/8659, sebelum ini.

Ringgit juga mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.8191/8225 daripada 5.8223/8278 dan naik berbanding euro kepada 4.9522/9551 daripada 4.9617/9664, sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini