Apakah yang lebih sesuai dengan anda, trading secara berkumpulan atau sendirian? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Apakah yang lebih sesuai dengan anda, trading secara berkumpulan atau sendirian?

Anda lebih selesa trading secara berkumpulan atau sendirian? Adakah anda tahu yang mana memberikan hasil yang lebih baik kepada anda ? Sekarang mari kita bandingkan kedua-dua senario dan menganalisis apa yang baik.

1. Trading secara berkumpulan

• Mempunyai sekumpulan orang di sekitar anda akan membolehkan anda melihat trading dari perspektif yang berbeza, terutamanya ketika anda ingin mencuba sesuatu yang berlainan daripada yang biasa anda lakukan.

• Mungkin ada antara mereka yang boleh memberikan pandangan dari sudut yang berbeza.

• Ramai yang akan memberikan semangat dan motivasi dalam tempoh yang sukar, dan mendorong anda untuk terus maju . 

2. Trading sendirian

• Anda dapat  bereksperimen secara bebas tanpa gangguan, kerana orang dalam kumpulan yang sama, akan cenderung berfikir dengan cara yang sama. 

• Tidak perlu menghadapi kata-kata negatif dan kritikan yang tidak membina yang menyekat pembentukan peribadi anda. 

• Tidak perlu menghadapi pergolakan emosi dan psikologi kumpulan trading.

• Tidak perlu tunduk kepada pendapat orang lain, terutamanya sesetengah keputusan hanyalah dianggap sebagai "idea yang baik" disebabkan sebahagian besar ahli kumpulan berpendapat begitu, walaupun anda berpendapat sebaliknya  .

• Tetapi anda bertanggung jawab ke atas kejayaan atau kegagalan  anda sendiri, tidak boleh menuding jari kepada orang lain.

Sesetengah trader tidak berasa selesa trading sendirian. Sebahagian yang lain pula lebih suka menentukan nasibnya sendiri. Ada juga yang  tidak rasa selesa bersosial dalam kumpulan. Setiap individu adalah unik dan ada cara trading masing-masing. 

Bagaimana dengan anda? Apakah cara yang lebih produktif untuk anda, bersendirian atau berkumpulan?

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini