Kenapa saya perlu Deposit dalam Kripto? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Kenapa saya perlu Deposit dalam Kripto?

Kita hidup di dalam era baru matawang digital. Tidak dinafikan lagi bahawa ia sentiasa berevolusi dengan signifikan setiap tahun. Kini matawang kripto mendapat permintaan yang tinggi sebagai alternatif yang berdaya maju berbanding matawang fiat. Tambahan lagi, para pedagang boleh menggunakannya sebagai instrumen perdagangan dan juga sebagai kaedah pembayaran untuk memasukkan dana ke dalam akaun mereka.

FBS tidak pernah ketinggalan. Kami menerima deposit dalam matawang kripto untuk memberikan kembara perdagangan anda lebih efisien. Oleh itu, mari kami terangkan mengapa anda perlu mendeposit dalam matawang kripto dan bagaimana untuk melakukannya.

Bagaimana ia memberikan manfaat buat saya?

Ia lebih pantas

Membuat deposit dalam matawang kripto adalah lebih efisien daripada kaedah lain yang hanya beroperasi semasa waktu perniagaan. Untuk matawang kripto, ia tidak pernah tidur. Anda boleh melakukan deposit pada bila-bila masa. Tambahan lagi, ia hanya mengambil masa selama 15-20 minit untuk memproses deposit anda.

Ia memberikan lebih privasi

Dengan membuat deposit dalam kripto, anda yakin bahawa transaksi anda adalah lebih privasi: maklumat anda tidak akan dihantar kepada pihak ketiga. Anda tidak perlu mendedahkan nombor akaun bank anda atau maklumat kad kredit untuk mendeposit wang. Itulah sebabnya anda boleh melindungi maklumat peribadi anda dengan membuat deposit dalam matawang kripto.

Ia tersedia di mana-mana

Matawang digital tidak terikat kepada mana-mana negara atau dengan apa-apa peraturan. Anda boleh membuat deposit di mana sahaja dalam dunia ini tanpa risau berkenaan peraturan-peraturan tertentu. Selain dari itu, kadar matawang kripto tidak terkesan dengan kesan geopolitikal atau inflasi disebabkan kripto berfungsi dengan bebas dan tidak terikat dengan mana-mana sistem pembayaran berpusat atau sistem perbankan.

Matawang kripto yang manakah boleh saya gunakan untuk membuat deposit?

FBS sentiasa mengikuti trend industri semasa. Untuk deposit wang melalui matawang kripto, kami menawarkan pilihan pembayaran tersebut untuk pedagang kami:

- Bitcoin

- Bitcoin Cash

- Ethereum

- Tether

- Litecoin

Kami sedang merancang untuk menambah lagi matawang kripto yang lain supaya anda mempunyai lebih banyak pilihan kelak. Teruskan bersama kami untuk perkembangan selanjutnya!

Bagaimanakah cara untuk saya mendeposit kripto ke dalam akaun saya?

Dengan mengikuti langkah-langkah mudah ini, anda boleh mendeposit wang melalui matawang kripto di FBS dengan mudah:

1. Buka laman Deposit di seksyen Kewangan di dalam Laman Peribadi anda;

2. Pilih matawang kripto yang diinginkan;

3. Salin alamat dompetanda di FBS atau gunakan kod QR itu untuk memindahkan dana daripada dompet matawang kripto peribadi anda.

FBS memberikan anda peluang untuk menggunakan akaun anda sebagai dompet kripto. Anda boleh menyimpan matawang kripto anda dan menggunakannya untuk perdagangan.

Kemunculan kripto sebagai instrumen perdagangan dan juga sebagai kaedah pembayaran telah menunjukkan bahawa dunia perdagangan sedang berevolusi. Kami juga sama. Ikuti perkembangan terbaru di dalam industri untuk mengetahui kemaskini baru manakah akan memberi manfaat dan berguna untuk anda.FBS. Always by your side.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini