SINGAPURA: Minyak mentah meneruskan aliran meningkat pada sesi dagangan di Asia berikutan kenaikan mendadak stok minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dan penurunan ketara dalam bekalan bahan api itu.
Niaga hadapan di New York menokok kepada AS$84 setong selepas meningkat lebih satu peratus pada Rabu untuk ditutup kepada paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.
Inventori minyak mentah AS merosot sebanyak 431,000 tong minggu lalu, demikian menurut data kerajaan, berbanding kaji selidik Bloomberg yang mengunjurkan kenaikan buat mingguan keempat.
Inventori petrol dan penyulingan juga susut lebih tinggi daripada jangkaan.
Pasaran lebih sempit dengan mendadak baru-baru ini susulan kekurangan arang batu dan gas asli yang memacu penggunaan minyak mentah, sekali gus menyokong kenaikan harganya.
Arab Saudi berkata sebarang bekalan tambahan daripada OPEC+ tidak akan mengurangkan kos gas yang meningkat.
Negara itu meramalkan permintaan minyak mentah mungkin meningkat sebanyak 600,000 tong sehari (bpd) jika musim sejuk di hemisfera utara lebih sejuk daripada kebiasaannya.
"Kekurangan minyak mentah dari aspek penawaran muncul ketika perintah berkurung 2020 berakhir," kata Naib Presiden Perundingan Tenaga IHS Markit berpangkalan di Singapura, Victor Shum.
"Permintaan minyak mentah tidak kembali kepada paras sebelum COVID-19, namun ia mengimbangi antara pemintaan dan penawaran," katanya.