Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini berikutan kemunculan aktiviti pengambilan untung.

Pada jam 9.02 pagi, unit tempatan itu menyusut kepada 4.1760 / 1790 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin pada 4.1685 / 1720.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ia naik berbanding yen Jepun kepada 3.6812 / 6842 berbanding 3.6902 / 6933 pada Isnin dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6718 / 6759 daripada 5.6779 / 6827.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0778 / 0803 daripada penutupan Isnin 3.0775 / 0803 dan turun berbanding euro kepada 4.8229 / 8263 daripada 4.8180 / 8220.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini