Ringgit teruskan pengukuhan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit teruskan pengukuhan


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Selasa berikutan kelemahan sokongan belian terhadap mata wang negara maju itu walaupun data ekonomi AS bertambah baik.

Pada 9 pagi ini, ringgit berada di paras 4.1505/1535 berbanding dolar AS daripada 4.1530/1555 pada akhir urus niaga Isnin.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata walaupun dolar AS susut, namun dari sudut teknikal unit negara maju itu berpotensi untuk mencatat pergerakan lebih positif selepas ini.

Menurutnya, apa yang menarik adalah paras rintangan pada 20 Oktober 2021 yang mencecah 4.1650 dan sebarang angka melepasi paras itu boleh menyaksikan ringgit-dolar AS ke paras 4.1930 dalam masa beberapa hari.

"Data ekonomi AS yang kukuh gagal melonjakkan unit negara maju itu selain nada Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS, Jay Powell yang berubah sedikit, tetapi masih memberi jaminan terhadap dasar monetari AS.

"Kebimbangan utama pasaran adalah dari segi perubahan dasar monetari secara mendadak. Namun, Fed terbukti memaparkan isyarat awal sebelum melaksanakan sebarang langkah dan berikutan itu dolar AS-ringgit kekal tanpa sebarang arah yang jelas," katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain sewaktu pasaran dibuka hari ini.

Ringgit berkurangan kepada 5.6268/6309 daripada 5.5991/6024 pada akhir urus niaga Isnin dan susut berbanding dolar Singapura pada 3.0792/0842 daripada 3.0765/0786, sebelum ini.

Unit tempatan itu juga rendah berbanding euro kepada 4.8067/8102 daripada 4.8000/8029 serta susut berbanding yen kepada 3.6662/6688 daripada 3.6606/6628, sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini