Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

 


Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan petunjuk yang bercampur-campur dari pasaran ekuiti AS sehingga menyebabkan pergerakan tidak menentu dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.1860/1890 berbanding dolar AS daripada 4.1870/1905 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi, Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pergerakan tidak menentu itu berlaku berikutan risiko geopolitik yang semakin meningkat di Eropah Timur, selain pelabur menunggu hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS yang diadakan hari ini dan esok.

"Hasil nota Perbendaharaan AS berjangka 10 tahun turut meningkat sebanyak 1.77 peratus manakala Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.26 peratus kepada 95.889 mata," katanya.

Mohd Afzanizam berkata pasaran tidak dapat mencatatkan hala tuju prestasi yang jelas ekoran pertembungan pelbagai faktor yang mempengaruhi sentimen.

Beliau berkata oleh itu, mata wang domestik dijangka bergerak dalam lingkungan 4.18 hingga 4.19 berbanding dolar AS.

Secara keseluruhan, unit tempatan diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1153/1177 daripada 3.1146/1175 ketika ditutup semalam namun tinggi berbanding euro kepada 4.7381/7415 daripada 4.7422/7462.

Unit domestik juga meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6415/6455 daripada 5.6629/6677 dan stabil berbanding yen kepada 3.6723/6749 daripada 3.6854/6888.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini