Ringgit dibuka lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka lebih tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan minat belian meskipun harga minyak mentah merosot, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1820/1860 berbanding dolar AS daripada 4.1835/1850 sewaktu ditutup pada Isnin.

Setakat ini, minyak mentah Brent berada pada AS$92.65 setong dengan penyusutan 0.04 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun harga minyak mentah bergerak melebihi AS$90 setong, ia memberi sokongan kepada ringgit setakat ini.

"Harga minyak mentah yang lebih tinggi akan membantu meningkatkan ruang fiskal kepada ekonomi Malaysia dan seterusnya menyokong pertumbuhan," katanya kepada Bernama.

Justeru, beliau berkata pengukuhan ringgit dilihat agak ketara.

Mohd Afzanizam berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) iaitu data utama yang akan dikeluarkan pada minggu ini dijangka kekal melebihi 7.0 peratus pada Januari.

"Oleh itu, kenaikan kadar di Amerika Syarikat (AS) hampir mencapai persetujuan dan persoalan seterusnya adalah kuantum bagi kenaikan itu.

"Dari segi lain, terdapat kekuatan yang akan memacu peningkatan ringgit, manakala ada faktor yang akan meningkatkan dolar AS," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata ringgit akan bergerak pada sekitar RM4.18 berbanding dolar AS dalam masa terdekat.

Pelabur juga akan mengambil kira suku akhir Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada Jumaat, katanya sambil memaklumkan, angka itu dijangka positif selepas negatif pada suku terdahulu berikutan pembukaan semula ekonomi pada Okober.

Setakat ini, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1125/1157 daripada 3.1102/1115 sewaktu ditutup pada Isnin, jatuh berbanding pound Britain kepada 5.6603/6658 daripada 5.6536/6556 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.7850/7896 daripada 4.7780/7797 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6274/6312 daripada 3.6369/6385.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini