Ringgit ditutup lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari khamis berikutan pelabur beralih kepada aset selamat dalam keadaan ketegangan geopolitik di Ukraine, selain berikutan harga minyak mentah yang lebih rendah.

Pada 6 petang Khamis, mata wang tempatan berada pada 4.1865/1880 berbanding dolar AS daripada 4.1835/1855 pada Rabu.

Setakat ini, minyak mentah Brent mencatatkan penurunan mendadak sebanyak 1.69 peratus kepada AS$93.21 setong, manakala West Texas Intermediate merosot 1.85 peratus kepada AS$91.93 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali berbanding euro yang meningkat kepada 4.7559/7576 daripada 4.7596/7618 semalam.

Mata wang tempatan itu susut berbanding yen kepada 3.6376/6392 daripada 3.6174/6191 pada Rabu, merosot berbanding dolar

Singapura kepada 3.1133/1149 daripada 3.1123/1140 dan turun berbanding pound kepada 5.6936/6957 daripada 5.6745/6772 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini