Dagangan ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Dagangan ringgit ditutup rendah

 


KUALA LUMPUR: Ringgit susut daripada kenaikan pada Rabu untuk ditutup rendah hari Khamis berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur beralih kepada mata wang selamat itu di tengah-tengah penurunan harga minyak global, kata peniaga.

Pada 6 petang semalam, mata wang tempatan diniagakan pada 4.2305/2330 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2290/2320 pada Rabu.

Penganalisis berkata, harga niaga hadapan minyak turun sedikit pada pagi Khamis selepas meningkat mendadak pada separuh pertama minggu ini apabila peniaga menimbang simpanan stok minyak AS yang lebih besar daripada jangkaan berbanding bekalan terhad global.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1238/1258 daripada 3.1009/1033 pada Rabu dan susut berbanding yen kepada 3.3744/3767 daripada 3.3548/3574.

Ringgit jatuh berbanding euro kepada 4.6180/6207 daripada 4.5813/5845 dan turun sedikit berbanding pound kepada 5.5580/5613 daripada 5.5028/5067 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini