Harga minyak mentah Brent susut bawah paras AS$100 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak mentah Brent susut bawah paras AS$100


KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan Brent North Sea, penanda aras minyak mentah Eropah susut ke bawah paras AS$100 awal pagi tadi.

Penurunan itu berikutan berikutan prospek bekalan dan permintaan yang masih kurang jelas susulan perang Ukraine dan jangkaan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat.

Minyak mentah Brent North Sea merosot 2.3 peratus kepada AS$98.73 setong dan penanda aras AS, WTI, susut 2.1 peratus kepada $94.23.

Turut menjejaskan menjejaskan harga adalah kebimbangan lonjakan kes COVID-19 di China selaku pengguna utama mentah dunia.

Harga komoditi itu merosot sejak beberapa hari lalu apabila minit mesyuarat bank pusat Amerika Syarikat (AS), Rizab Persekutuan (Fed) menambah kepada jangkaan kenaikan kadar faedah.

Beberapa pegawai Fed dilaporkan menyokong kenaikan kadar faedah sebanyak separuh mata peratusan bagi menangani inflasi, demikian menurut minit mesyuarat bank pusat itu bulan lalu.

Pegawai bank pusat turut membincangkan untuk mengurangkan pegangan bon sebanyak AS$95 juta sebulan seawal mesyuarat akan datang pada 3 hingga 4 Mei depan, demikian menurut minit berkenaan.

Pendedahan itu menambah kepada beberapa kenyataan daripada pegawai Fed sebelum ini, sekali gus meningkatkan kebimbangan bahawa usaha bank pusat itu untuk membendung kenaikan harga boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

Kebimbangan berhubung potensi kelembapan ekonomi disebabkan kadar faedah lebih tinggi turut mempengaruhi harga minyak, yang merosot lebih daripada lima peratus.

Dalam pada itu, pengumuman daripada Agensi Tenaga Antarabangsa yang mengumumkan rancangan untuk melepaskan simpanan minyak mentah selepas pencerobohan Russia ke atas Ukraine mencetuskan ketidakstabilan pasaran minyak.

Data daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga AS turut menunjukkan berlaku peningkatan di luar jangkaan inventori minyak mentah.

Penurunan harga minyak mentah berlaku ketika Demokrat dalam Kongres AS mendesak supaya ketua pegawai eksekutif daripada ExxonMobil, Chevron serta gergasi minyak lain menjelaskan sebab harga bahan api dinaikkan.

Eksekutif minyak menolak dakwaan bahawa mereka menahan bekalan untuk meningkatkan harga, sebaliknya menjelaskan sedang dalam proses menambah pelaburan bagi bertindak balas terhadap harga komoditi yang lebih tinggi. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini