Aliran penyusutan ringgit berterusan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Aliran penyusutan ringgit berterusan


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran penyusutannya apabila dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini ketika sentimen lemah terhadap unit tempatan berkenaan susulan laporan kenaikan kadar inflasi serta penurunan harga minyak, kata penganalisis.

Pada 9 pagi ini, mata wang tempatan jatuh kepada 4.3880/3910 berbanding dolar AS berbanding dolar AS daripada 4.3805/385 pada akhir urus niaga semalam.

Menurut penganalisis, dolar AS meraih sokongan susulan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya peningkat inflasi di peringkat global.

Pada Rabu, Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan kadar inflasi negara meningkat sebanyak 2.5 peratus, terutama didorong oleh kenaikan harga makanan dan bahan api pada 2021.

Peningkatan itu juga ketara berbanding 0.7 peratus yang dicatatkan ketika tempoh sebelum pandemik pada 2019.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata di peringkat pasaran minyak, terdapat laporan bahawa Arab Saudi telah memaklumkan sekutu Barat mengenai kesediaannya untuk meningkatkan pengeluaran minyak jika pengeluaran Russia susut di bawah kuota yang dipersetujui akibat sekatan daripada Kesatuan Eropah.

Setakat pagi ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global diniagakan susut 2.1 peratus kepada AS$113.84 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1915/1942 daripada 3.1928/1965 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3728/3754 daripada 3.3865/3903.

Ringgit juga diniagakan lebih baik berbanding pound Britain kepada 5.4780/4817 daripada 5.5159/5216 semalam dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6754/6786 daripada 4.6985/7034.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini