Adakah Malaysia akan mengalami kemelesetan ekonomi dalam masa terdekat? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Adakah Malaysia akan mengalami kemelesetan ekonomi dalam masa terdekat?



Adakah Malaysia akan mengalami kemelesetan ekonomi dalam masa terdekat? 

Dikhabarkan bahawa fenomena inflasi yang dijangka melanda seluruh dunia pada tahun 2023 ini. Persoalan yang ada pada pemikiran kita semua:

➡ Adakah Malaysia juga akan terjejas dengan fenomena ini?

Berdasarkan apa yang disampaikan oleh Pengerusi Bursa Malaysia pada bulan September baru-baru ini, “ Dasar pragmatik dan responsif serta ekonomi yang strukturnya menjadi pelbagai sejak beberapa tahun ialah faktor yang boleh menghalang Malaysia daripada mengalami kemelesetan.”.

Ini kerana faktor utama yang menyumbang kepada daya tahan Malaysia ialah sistem kewangannya yang kukuh dan stabil.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga yakin bahawa ekonomi Malaysia tidak akan begitu terjejas berbanding negara lain. Namun, di samping khabar baik yang disampaikan ini, Bloomberg berpesan:

๐Ÿ”ต Malaysia mesti bersedia menghadapi kelembapan ekonomi global, walaupun ekonomi negara berkembang kukuh berikutan pembukaan semula sempadannya dan di tengah-tengah eksport yang berkembang pesat.

Kami bercadang kepada anda:

Walaupun Malaysia berkemungkinan untuk kurang terjejas dengan fenomena inflasi ini, anda mestilah kena bersiap sedia dengan sebarang cabaran dan dugaan yang bakal melanda bila-bila masa.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini