Malam penghargaan IB OctaFX - Blue Gala Night
Pada 1 Oktober lepas, OctaFX mengadakan majlis makan malam - Blue Gala Night - di Hotel Ritz Carlton. Selepas 4 tahun ditangguh, disebabkan isu pandemik global baru-baru ini, kami akhirnya dapat mencari masa untuk menjayakan lagi malam yang tidak dapat dilupakan ini.
Lebih daripada 200 orang telah menyertai dan meriahkan lagi Blue Gala Night. Terdapat juga beberapa upacara penyampaian anugerah buat IB kami, seperti yang kelihatan di dalam gambar-gambar diatas.
Tetamu disambut dengan beberapa ‘freebies’ sebagai salah satu tanda penghargaan atas penyertaan mereka - seperti pen yang boleh di custom, manisan, dan macam-macam. Majlis ini berlangsung selama 4 jam, bermula dari pukul 6.30pm dan berakhir pada 10.30pm. Di sini juga, para tetamu berpeluang untuk mendengar perancangan masa depan OctaFX serta memberi ruang kepada mereka untuk mengadakan sesi berkongsi pendapat antara satu sama lain.
Kami berharap dengan malam Blue Gala Night ini dapat memberi faedah kepada tetamu. Semoga kami dapat mengadakan lagi majlis ini dimasa akan datang.