Ringgit kekal di paras RM4.67 berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kekal di paras RM4.67 berbanding dolar AS

 


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, susulan pelabur menunggu pemangkin pasaran seterusnya sebelum memperoleh panduan daripada minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC), kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.6720/6760 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6745 ketika ditutup pada Selasa.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata minit mesyuarat FOMC akan memberikan panduan mengenai langkah dasar monetari seterusnya oleh Rizab Persekutuan AS.

Beliau berkata, data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS yang dijadual dikeluarkan esok mungkin juga memberikan lagi petunjuk mengenai kadar inflasi di negara itu.

"Dari sudut pandang teknikal, dolar AS/ringgit kini berada dalam wilayah rintangan yang penting, dengan terdapat tanda-tanda bahawa minat belian semakin berkurangan dan penurunan lemah boleh bermula tidak lama lagi," katanya dalam nota penyelidikan.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.1261/1305 daripada 5.1607/1635 semasa ditutup pada Selasa dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2469/2502 daripada 3.2472/2491.

Ringgit tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.1976/2005 daripada 3.2059/2079 namun susut berbanding berbanding euro kepada 4.5337/5376 daripada 4.5314/5338 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini