Ringgit susut kepada RM4.63 berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit susut kepada RM4.63 berbanding dolar AS

 


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan sentimen pasaran yang terus menyokong mata wang AS itu disebabkan ketidaktentuan global, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang 29 September 2022, mata wang tempatan merosot kepada 4.6380/6425 berbanding dolar AS daripada 4.6285/6310 semalam.

Mata wang tempatan dibuka tinggi kepada 4.6250/6290 berbanding dolar AS.

"Pasaran kini sukar, dan dolar AS dianggap sebagai aset selamat, justeru, pelabur membeli mata wang AS itu.

"Ini adalah sebab dolar AS naik berbanding semua mata wang, bukan sahaja ringgit; pelabur menjual pound dan euro disebabkan ketidaktentuan seperti kebimbangan mengenai kemelesetan global dan krisis tenaga (di Eropah)," kata penganalisis itu.

Ringgit turut diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding euro kepada 4.4951/4995 daripada 4.4184/4208 semalam dan susut berbanding pound kepada 5.0392/0441 daripada 4.9409/9436 pada Rabu.

Unit tempatan turut merosot berbanding yen Jepun kepada 3.2050/2084 daripada 3.1974/1993 dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2228/2264 daripada 3.1954/1975 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini