Kegagalan bank AS, harga minyak mentah menjunam 4.64 peratus - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Kegagalan bank AS, harga minyak mentah menjunam 4.64 peratus



NEW YORK: Harga minyak mentah dunia merosot pada Selasa, berikutan kegagalan bank AS berserta statistik inflasi yang kekal tinggi, justeru menimbulkan kebimbangan mengenai risiko kemelesetan ekonomi.

West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran April susut AS$3.47, atau 4.64 peratus, kepada AS$71.33 setong di New York Mercantile Exchange.

Minyak mentah Brent bagi penghantaran Mei susut AS$3.32, atau 4.11 peratus, untuk ditutup pada AS$77.45 setong di Bursa Hadapan ICE London, lapor Xinhua.

Kedua-dua WTI dan Brent menyaksikan penutupan terendah untuk kontrak bulan hadapan sejak 9 Disember menurut Data Pasaran Dow Jones.

Pada Isnin, penanda aras minyak mentah AS susut 2.45 peratus, manakala Brent susut 2.43 peratus.

Penurnan itu berlaku kerana peniaga bimbang masalah bank serantau AS mungkin memberi kesan negatif terhadap permintaan minyak.

"Pasaran minyak bertindak seperti kemelesetan yang tidak dapat dielakkan atau sekurang-kurangnya, kami melihat penurunan nilai kontrak minyak yang serius," kata Penganalisis Kanan The PRICE Futures Group, Phil Flynn dalam nota pada hari Selasa.

"Kegagalan bank Silicon Valley Bank (SVB) dan kebimbangan penularan masih berleluasa walaupun saham mendapati sedikit kestabilan," katanya.

Turut mempengaruhi pasaran minyak ialah laporan inflasi AS yang penting. Indeks harga pengguna (CPI) AS meningkat 0.4 peratus pada Februari, meletakkan kadar tahunan pada 6 peratus, Jabatan Buruh melaporkan pada hari Selasa.

Data itu adalah sejajar dengan jangkaan pasaran. IHP teras, yang tidak termasuk makanan dan tenaga, meningkat 0.5 peratus pada Februari, melebihi konsensus 0.4 peratus, untuk peningkatan tahunan sebanyak 5.5 peratus.

Laporan itu terus menunjukkan inflasi yang berterusan, berkemungkinan mengekalkan Fed di landasan untuk satu lagi kenaikan kadar faedah minggu hadapan walaupun kebimbangan perbankan semasa, kata pakar.

Peniaga juga melihat ke hadapan kepada data mengenai inventori bahan api AS kerana Pentadbiran Maklumat Tenaga AS akan mengeluarkan laporan status petroleum mingguannya pada hari Rabu.

Penganalisis yang ditinjau oleh The Wall Street Journal menjangkakan penerbitan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 100,000 tong dalam simpanan minyak mentah AS untuk minggu yang berakhir 10 Mac.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini