XM Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri Rakan Niaga - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

XM Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri Rakan Niaga


Kami telah menganjurkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pada Mei 2023 lalu khusus untuk rakan niaga VIP XM dan keluarga tersayang. Majlis eksklusif ini bertujuan untuk meraikan kegembiraan dan keseronokan sambutan Hari Raya, di samping melahirkan rasa penghargaan kami kepada semua rakan niaga yang giat menyokong kami selama ini.

Suasana rumah terbuka kami menjadi riang dan bertenaga apabila para tetamu kami tampil bergaya berbaju Melayu dan berbaju kurung. Kami juga menyambut mesra setiap rakan niaga kami dengan menyediakan pelbagai juadah Hari Raya yang menyelerakan dan sajian yang lain. Tetamu kami turut berkesempatan merakamkan gambar kenangan mereka di reruai foto peribadi kami, dan berpeluang untuk membawa pulang ganjaran Hari Raya yang istimewa.

Sehubungan dengan itu, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan niaga yang sudi menghadiri majlis kami. Kenangan manis yang kita kongsi bersama akan sentiasa terpahat di hati kami. Kami juga berharap untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti dan acara menarik pada masa akan datang, sebagai bukti penghargaan kami kepada rakan niaga yang berdedikasi tinggi.

Adakah anda berminat untuk menghadiri acara VIP dan menikmati faedah eksklusif yang lain? Sertai XM sebagai rakan niaga hari ini dan nikmati akses kepada tawaran eksklusif seperti; ganjaran sehingga $650 CPA bagi setiap pelanggan baharu yang dirujuk dan memenuhi syarat kelayakan, serta komisen sehingga $65 setiap lot untuk aktiviti dagangan mereka!
























































Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini