#ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Berita

Motivation

SEMINAR

Latest Updates

Ringgit melonjak kepada RM4.06 berbanding dolar AS

23.12.25


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS), Indeks Dolar AS merosot 0.33 peratus kepada 98.271 mata dalam persekitaran volum dagangan rendah berikutan minggu dagangan yang singkat disebabkan cuti umum.

Pada jam 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0650/0765 berbanding dolar AS daripada 4.0770/0800 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata DXY yang lebih lemah sebahagian besarnya disebabkan oleh pengurangan penyertaan pasaran semasa tempoh musim perayaan, ditambah pula dengan kenyataan yang cenderung untuk menurunkan kadar faedah daripada beberapa pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Beliau berkata bahawa beberapa petunjuk daripada Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) baru-baru ini mencadangkan pendirian berhati-hati tetapi akomodatif dengan penggubal dasar kekal sehaluan terhadap pemilihan masa untuk melaksanakan pelarasan kadar faedah pada masa depan.

"Keputusan FOMC terbaharu pada 10 Disember lalu menyaksikan pandangan berbeza dalam kalangan ahlinya di mana dua mengundi untuk mengekalkan penanda aras manakala seorang ahli memilih untuk mengundi menyokong penurunan 50 mata asas," katanya kepada Bernama.

Beliau menjangkakan permintaan yang berlanjutan untuk dolar AS dalam keadaan dagangan serantau yang lemah dengan ketiadaan pemangkin baharu, ringgit dijangka berlegar antara RM4.07 dan RM4.08 berbanding dolar AS.

Pada pembukaan, ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 2.5908/5983 daripada 2.5896/5916, merosot berbanding pound Britain kepada 5.4751/4906 daripada 5.4750/4790, bagaimanapun meningkat berbanding euro kepada 4.7821/7956 daripada 4.7827/7862 ketika ditutup semalam.

Unit tempatan melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.1556/1647 daripada 3.1592/1618, naik berbanding baht Thailand kepada 13.0560/1022 daripada 13.0740/0895, menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 242.2/243.1 daripada 242.9/243.3 sebelum itu dan menambah berbanding peso Filipina kepada 6.92/6.94 daripada 6.94/6.95 sebelumnya.

Pelabur ambil untung selepas ringgit cecah paras terkuat dalam hampir enam tahun

23.12.25

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan aktiviti pengambilan untung serta ketiadaan pemangkin pasaran baharu.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.0770/0800 berbanding dolar AS daripada 4.0740/0785 pada penutupan Jumaat lalu, ketika ringgit mencecah paras terkuatnya dalam hampir enam tahun.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit memerlukan satu pemangkin untuk terus mengukuh.

"Ringgit berlegar dalam julat sempit antara RM4.0750 dan RM4.0813 hari ini. Mungkin pedagang dan pelabur sedang menilai paras semasa ringgit serta bagaimana ia boleh berkembang pada masa hadapan," katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, pedagang turut memerhati data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS bagi suku ketiga 2025 yang dijangka diumumkan pada 23 Disember.

Pada penutupan dagangan, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.7827/7862 daripada 4.7715/7767 pada penutupan Jumaat lalu, melemah berbanding pound Britain kepada 5.4750/4790 daripada 5.4514/4574, namun meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5896/5916 daripada 2.5909/5940.

Mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding rakan serantau ASEAN.

Ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.1592/1618 daripada 3.1515/1553, melemah berbanding baht Thailand kepada 13.0740/0895 daripada 12.9428/9620, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 242.9/243.3 daripada 243.2/243.6 sebelum ini, dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.94/6.95.

Ringgit kukuh berbanding dolar AS, mata wang utama

22.12.25


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Isnin berikutan perkembangan positif dalam kedudukan fiskal kerajaan Malaysia yang telah menyumbang dengan ketara kepada pengukuhan mata wang tempatan.

Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0730/0840 berbanding dolar AS daripada 4.0740/0785 semasa ditutup pada Jumaat lalu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kemungkinan pelonggaran dasar monetari di Amerika Syarikat (AS) turut menyumbang kepada pengukuhan mata wang tempatan.

"Ringgit telah mencatatkan prestasi yang amat baik berbanding dolar AS dan mata wang serantau lain dalam beberapa minggu ini. Kedudukan yang dinamik itu akan terus mempengaruhi pergerakan mata wang dolar AS-ringgit hari ini," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya ringgit dilihat berada dalam keadaan terlebih beli menunjukkan peniaga dan pelabur mungkin memilih untuk merealisasikan keuntungan.

Oleh itu, beliau menjangka dolar AS-ringgit akan diniagakan dalam jajaran kecil hari ini.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5839/5912 daripada 2.5909/5940, naik berbanding pound kepada 5.4489/4636 daripada 5.4514/4574 dan tinggi berbanding euro kepada 4.7691/7820 daripada 4.7715/7767 semasa ditutup pada Jumaat lalu.

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1505/1595 daripada 3.1515/1553, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 243.1/243.9 daripada 243.2/243.6, tinggi berbanding peso Filipina kepada 6.93/6.96 daripada 6.94/6.95, bagaimanapun rendah berbanding baht Thailand kepada 12.9643/13.0060 daripada 12.9428/9620.

Ringgit cecah paras tertinggi hampir enam tahun, berdepan pengambilan untung

21.12.25

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka menyaksikan pengambilan untung pada minggu depan, berlegar antara RM4.07 hingga RM4.09 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas ia mencecah paras tertinggi hampir enam tahun semalam.

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi minggu ini, dibuka pada paras 4.09 dan menjejaki aliran kenaikan sebelum berakhir pada 4.07 semasa ditutup hari Jumaat.

Pada 6 petang semalam, ringgit meningkat kepada 4.0740/0785 berbanding dolar AS daripada 4.0840/0880. Paras ini kali terakhir dilihat pada 15 Januari 2020, apabila ringgit ditutup pada 4.0740 berbanding dolar AS.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata jika dilihat daripada petunjuk teknikal, ringgit telah memasuki wilayah terlebih beli, ini akan menjurus kepada aktiviti pengambilan untung.

"Minggu depan, tumpuan akan diberikan kepada pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS bagi suku ketiga 2025 yang dijangka pada 23 Disember ini," katanya kepada Bernama.

Awal minggu ini, mata wang tempatan itu dipengaruhi terutamanya oleh data utama AS, termasuk laporan senarai gaji bukan ladang dan Indeks Harga Pengguna (IHP), yang diramalkan akan memberi hala tuju yang lebih jelas mengenai unjuran dasar monetari AS.

Dilaporkan bahawa senarai gaji bukan ladang AS telah menokok sebanyak 64,000 pada November selepas menguncup pada Oktober, manakala kadar pengangguran naik kepada 4.6 peratus di tengah-tengah penyertaan tenaga buruh yang lebih tinggi, pertumbuhan upah yang menyederhana dan jualan runcit yang agak lembap.

Sementara itu, inflasi November AS berada di bawah jangkaan pada 2.7 peratus berbanding anggaran konsensus 3.1 peratus. Inflasi teras menyederhana kepada 2.6 peratus berbanding 3.0 peratus yang dicatatkan pada September.

Secara mingguan, ringgit mengukuh berbanding dolar AS, ia ditutup lebih tinggi pada 4.0740/0785 daripada 4.0945/1005 yang dicatatkan pada akhir minggu lalu.

Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5909/5940 daripada 2.6264/6304, melonjak berbanding pound British kepada 5.4514/4574 daripada 5.4789/4869 sebelumnya dan berbanding euro, ia bertambah kepada 4.7715/7767 daripada 4.8037/8107.

Ringgit kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Ia mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 243.2/243.6 daripada 245.9/246.4, mantap berbanding dolar Singapura kepada 3.1515/1553 daripada 3.1701/1750 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9428/9620 daripada 12.9589/9845.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu menyusut berbanding peso Filipina kepada 6.94/6.95 daripada 6.93/6.94 sebelumnya.

Ringgit kini RM4.07 sedolar, paras paling kukuh dalam tempoh hampir enam tahun

21.12.25


KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh kepada paras 4.07 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Jumaat, paras yang paling kukuh dalam tempoh hampir enam tahun susulan data inflasi AS yang lebih rendah daripada jangkaan.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0740/0785 berbanding dolar AS daripada 4.0840/0880 ketika ditutup pada Khamis.

Paras ini kali terakhir dicatatkan pada 15 Januari 2020 apabila ringgit ditutup pada 4.0740 berbanding dolar AS.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata bacaan terkini Indeks Harga Pengguna (IHP) AS semalam menunjukkan Rizab Persekutuan (Fed) mungkin cenderung untuk menurunkan kadar faedah seterusnya pada 2026.

"Sekiranya itu berlaku, jurang antara Kadar Dana Fed dan kadar dasar semalaman (OPR) akan mengecil," katanya kepada Bernama.

Inflasi AS pada November mencatatkan angka di bawah jangkaan iaitu 2.7 peratus berbanding dengan anggaran konsensus sebanyak 3.1 peratus.

Inflasi teras pula menurun kepada 2.6 peratus berbanding 3.0 peratus pada September.

Sementara itu, kata Mohd Afzanizam, Bank of Japan menaikkan kadar dasarnya hari ini sebanyak 25 mata asas kepada 0.75 peratus yang tertinggi dalam tempoh tiga dekad.

"Namun begitu, yen Jepun terus melemah berbanding dolar AS," tambahnya.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit mengukuh sedikit berbanding euro kepada 4.7715/7767 daripada 4.7869/7915 ketika ditutup pada Khamis, meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5909/5940 daripada 2.6188/6217 tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.4514/4574 daripada 5.4513/4567.

Mata wang tempatan juga diniagakan lebih tinggi berbanding rakan-rakan ASEAN.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1515/1553 daripada 3.1620/1653, berkembang berbanding baht Thai kepada 12.9428/9620 daripada 12.9750/9935, naik berbanding peso Filipina kepada 6.94/6.95 daripada 6.97/6.98 dan sedikit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 243.2/243.6 daripada 244.2/244.5.

Copy Trading - Find and copy the strategies of experienced traders.

17.12.25

CopyTrading by Pepperstone

Unlock a vast network of expert traders. Browse thousands of signal providers and seamlessly copy their trades using your MT4/MT5 account.

cTrader Copy

Lets you copy successful traders' strategies or share your own for others to follow - all within the cTrader platform.

Signal Start

A fully-hosted service for MT4/5 account holders that lets you effortlessly replicate trades from a diverse range of signal providers.



MT4 Signals

Access thousands of trading strategies and signals from other expert traders, and all in real-time.

🎉 Raikan 15 tahun XM dengan ganjaran istimewa!

17.12.25
XM

 


Anda berdagang, kami ganjarkan

Nikmati pulangan tunai tanpa had untuk setiap dagangan bersama XM, hingga tahun hadapan.



Dagang aset terpilih dari 15 Dis – 15 Jan dan nikmati cashback tanpa had.

Ketahui lebih lanjut dan 👉 mula jana ganjaran :- Promosi Pulangan Tunai Global, Disember 2025







Ringgit mengukuh kepada 4.07 berbanding dolar AS, tertinggi lima tahun

17.12.25

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan dibuka pada Rabu, mengekalkan momentum positif apabila diniagakan pada paras 4.07, prestasi tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun, dipacu sentimen domestik dan luaran yang lebih baik.

Pada 8.01 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0765/0935 berbanding dolar AS daripada 4.0835/0875 ketika ditutup semalam.

Kali terakhir ringgit mencecah paras tersebut adalah pada 3 Mac, 2021, apabila ringgit ditutup pada 4.0720 berbanding dolar AS.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa memberikan lebih kejelasan mengenai hala tuju dan pelaksanaan dasar kerajaan, yang menambah baik sentimen pasaran.

"Semalam, ringgit ditutup lebih tinggi apabila meningkat sebanyak 0.24 peratus. Hari ini, unit domestik mungkin kekal stabil memandangkan data terkini AS dijangka mendorong aktiviti pengambilan untung," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata di peringkat luaran, Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.10 peratus kepada 98.215 berikutan data pasaran buruh AS yang bercampur-campur bagi November.

Pembayaran gaji bukan perladangan AS meningkat sebanyak 64,000 pada November selepas mencatatkan penurunan pada Oktober, katanya.

Beliau berkata kadar pengangguran pula naik kepada 4.6 peratus berikutan penyertaan tenaga buruh yang lebih tinggi, pertumbuhan gaji yang sederhana serta jualan runcit yang lebih perlahan.

Mohd Afzanizam berkata data tersebut menunjukkan prospek pasaran buruh yang tidak menentu, dengan perbelanjaan pengguna yang lebih berhati-hati dan jangkaan rendah terhadap penurunan kadar faedah AS pada Januari, yang kini dianggarkan sekitar 20 peratus.

Kebanyakan pelabur menjangkakan penurunan kadar faedah sebanyak dua kali bagi sepanjang 2026, katanya.

Pada pembukaan dagangan, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan mengukuh berbanding pound British kepada 5.4727/4955 daripada 5.4760/4813 ketika ditutup semalam, dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.6346/6457 daripada 2.6372/6400.

Ringgit juga lebih stabil berbanding euro kepada 4.7895/8095 daripada 4.8014/8061.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1620/1757 daripada 3.1657/1691 ketika ditutup pada Selasa, dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.9524/13.0147 daripada 12.9532/9721.

Ringgit naik sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 244.2/245.3 daripada 244.6/245.0 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.93/6.97 daripada 6.95/6.96. 

Ringgit di paras paling kukuh dalam tempoh hampir lima tahun

17.12.25


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya pada Selasa, ditutup pada paras 4.08 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman data pekerjaan bukan ladang (NFP) AS malam ini.

Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.0835/0875 berbanding dolar AS daripada 4.0930/0980 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata data NFP malam ini berpotensi memberikan hala tuju yang lebih jelas terhadap prospek dasar monetari AS.

"Sekiranya NFP mencatatkan angka yang lebih rendah, ia akan meningkatkan kemungkinan pengurangan kadar faedah AS seterusnya pada 2026," katanya kepada Bernama.

Ringgit melonjak ke paras RM4.08 berbanding dolar AS ketika pasaran dibuka pada Selasa, mencatatkan prestasi paling kukuh dalam tempoh hampir lima tahun.

Di peringkat domestik, Mohd Afzanizam berkata, rombakan kabinet terbaharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar dilihat secara positif terhadap ekonomi negara.

"Rombakan kabinet ini akan memastikan kesinambungan dan konsistensi dasar susulan beberapa kekosongan jawatan menteri yang berlaku sejak beberapa bulan lalu," katanya.

Anwar hari ini mengumumkan pelantikan menteri baharu dan perubahan membabitkan 11 portfolio dalam Kabinet Kerajaan MADANI.

Pelantikan baharu itu membabitkan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebagai Menteri Ekonomi dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Arthur Joseph Kurop sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Selain itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi, menggantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan pula dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia, menggantikan Steven Sim, yang kini memegang jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Pada penutupan dagangan, ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding pound kepada 5.4760/4813 daripada paras 5.4793/4860 ketika ditutup semalam, meningkat berbanding yen kepada 2.6372/6400 daripada 2.6410/6444, serta naik sedikit berbanding euro kepada 4.8014/8061 daripada 4.8064/8123.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang serantau ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1657/1691 daripada 3.1746/1787, mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9532/9721 daripada 13.0201/0422, serta meningkat sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 244.6/245.0 daripada 245.5/245.9.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding peso Filipina kepada 6.95/6.96 daripada 6.93/6.94 sebelum ini.

Musim Ganjaran Akhir Tahun

17.12.25


 

Musim Ganjaran Akhir Tahun 


✨Lagi banyak anda berdagang dan membuat deposit, lebih besar ganjaran tunai yang menanti!

Ganjaran Perayaan. 7 Peringkat Hadiah. Tiada Had Pemenang.


Menangi sehingga USD 500!

📅 1 – 31 Disember 2025

▶️Daftar sekarang dan rebut peluang keemasan ini: Register Now






Ringgit menuju RM3.81 berbanding dolar AS, paras tertinggi sejak 2005

16.12.25

PETALING JAYA: Ringgit terus didagangkan di bawah RM4.10 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan berpotensi mencapai RM3.81 sedolar AS, paras tertinggi sejak dasar tambatan ringgit dimansuhkan pada Julai 2005.

Pada pukul 5 petang semalam, ringgit ditutup pada 4.0900/4.0950 berbanding 4.0880/4.0930 pada Jumaat lalu.

Bagi mata wang serantau, ringgit mengukuh sebanyak 0.0245/0.0246 berbanding rupiah Indonesia daripada 0.0246/0.0246 pada Jumaat, namun jatuh sedikit berbanding dolar Singapura 3.1701/3.1752 daripada 3.1651/3.1699, yen Jepun 2.6353/2.6387 berbanding 2.6229/2.6264 dan baht Thailand pada 12.9924/13.0207 berbanding 12.9265/12.9484.

Dari awal tahun hingga kini, mata wang negara mengukuh sebanyak 8.67 peratus berbanding dolar AS.

Ringgit turut menokok berbanding yen dan rupiah, masing-masing sebanyak 8.13 peratus dan 10.87 peratus dari Januari hingga kini.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit kemungkinan kembali kepada nilai puratanya sekitar RM3.81 berbanding dolar AS, sejak dasar tambatan ringgit dimansuhkan pada Julai 2005, dipacu dasar fiskal kerajaan yang berdisiplin.

Katanya, faktor utama mendorong pengukuhan termasuk prospek penurunan kadar faedah di AS yang dijangka terus berlaku pada 2026 terutamanya apabila tampuk pimpinan Fed AS bakal diterajui oleh pengerusi baharu pada pertengahan tahun hadapan.

“Selain itu, dasar fiskal kerajaan persekutuan Malaysia yang berdisiplin telah menarik minat para pelabur asing yang terus mencatatkan belian bersih dalam instrumen seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia, sukuk serta bon-bon korporat.

“Ini disokong pula dengan imbangan dagangan yang kekal mencatatkan lebihan dagangan yang menandakan kemasukan dana ke dalam negara.

“Justeru, amat penting untuk memastikan dasar ekonomi yang bersifat reformis serta pelaksanaan reformasi institusi diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, langkah seperti ini akan dapat meningkatkan keyakinan para pelabur dan golongan peniaga serta rakyat Malaysia melalui ketelusan dan tatakelola yang jelas.

“Apabila ketirisan dapat dihapuskan, setiap ringgit yang dibelanjakan akan menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang berkualiti. Semua ini akan dapat meningkatkan permintaan ringgit pada masa akan datang,” jelasnya.

Sementara itu, penganalisis ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, aliran pengukuhan ringgit ini didorong terutamanya oleh pemotongan kadar faedah oleh AS minggu lalu.

Katanya, ia turut merubah aliran pasaran kewangan dari bon perbendaharaan AS kepada pasaran ekuiti di seluruh dunia termasuk Malaysia, nilai dolar AS yang melemah bukan sahaja berbanding dengan ringgit tetapi juga dengan mata wang lain.

Index DXY yang mengukur kekuatan dolar AS dengan enam mata wang dunia yang lain menyusut 0.86 peratus berbanding minggu lalu kepada 98.3mata. Data-data ekonomi AS juga tidak diluar jangkaan dan kekal perlahan,” ujarnya.

Bagaimanapun, Aimi Zulhazmi mengunjurkan ringgit kekal diatas RM4.0 tahun ini dan stabil antara RM4.10 ke RM4.08 sahaja.

“Peningkatan tertinggi mungkin sekitar RM4.06 kerana berbaki beberapa minggu sahaja lagi tahun ini dan ramai para pengurus dana dan peniaga tidak lagi aktif dan telah menutup portfolio masing-masing,” jelasnya. 

Traders Fair Manila 2026 Marks a New Era of Financial Education & Innovation in the Philippines

16.12.25

 


Traders Fair Manila 2026 Marks a New Era of Financial Education & Innovation in the

The Traders Fair series is set to make a powerful comeback in Manila on May 9, 2026, at the
prestigious Edsa Shangri-La, Manila. Organized by IEvents, this global finance exhibition
continues its mission of strengthening financial literacy, empowering traders, and connecting the
trading world through high-impact education and networking.

Championing Financial Literacy & Innovation in the Philippines
With financial markets evolving at lightning speed, Filipino traders and investors are increasingly
seeking credible, accessible platforms to learn, connect, and grow. Traders Fair Manila 2026
comes at a crucial moment bridging market newcomers, seasoned traders, and global financial
institutions under one roof.

Attendees will gain first-hand exposure to:
● Breakthrough fintech technologies
● Modern trading tools and strategies
● Global market trends across forex, crypto, stocks & commodities
● Networking opportunities with brokers, educators & thought leaders
This year’s edition highlights the importance of financial empowerment, helping Filipinos
navigate digital finance with clarity, confidence, and community.

A Global Movement in Finance Education
More than just an expo, Traders Fair is a movement uniting the global financial ecosystem
through:
● High-impact seminars
● Demonstration sessions & hands-on learning
● Interactive booths led by world-class brokers, fintech firms, and trading academies
● A keynote session featuring top traders and market experts can help me inspire
participants, deliver deep market insights, and elevate the overall credibility of the event.
Participants can expect dynamic conversations around emerging technologies, AI-driven
trading, crypto developments, and the future of digital finance.

A Day of Learning, Networking & OpportunityWith a full schedule of knowledge sessions, exhibition activities, and community engagement,
Traders Fair Manila 2026 invites traders from all levels to elevate their journey.

Whether you are exploring trading for the first time or looking to scale your portfolio, this event
offers:
● Practical education
● Real-world insights
● Access to international financial leaders
● Valuable networking opportunities
A special highlight includes interactive booth experiences, exclusive giveaways, and exciting
lucky draws for attendees.

Join Us at Traders Fair Manila 2026
Don’t miss one of Asia’s leading finance events designed to inspire, educate, and connect the
Philippine trading community.

🗓 Event Date: May 9, 2026
📍 Venue: Edsa Shangri-La, Manila
🌐 Website: https://tradersfair.com/philippines/
📧 Email: info@tradersfair.com

Follow TRADERS FAIR on Social Media
Facebook: https://www.facebook.com/TradersFair
Instagram: https://www.instagram.com/tradersfair.asia
YouTube: https://www.youtube.com/user/finexpo
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/ievents-pro/
Twitter: https://x.com/tradersfair?s=21&t=k19Hz6DAq21wdg0bmEMnQQ



Nigeria’s Biggest Trading Event Is Coming to Lagos: Traders Fair 2026 Set to Ignite the Finance Community

16.12.25

 


Nigeria’s Biggest Trading Event Is Coming to Lagos:
Traders Fair 2026 Set to Ignite the Finance Community

Lagos, Nigeria — Nigeria’s traders, investors, and financial enthusiasts are gearing up for one
of the most anticipated finance events of the year as Traders Fair 2026 arrives in Lagos on
Friday, 10 April 2026, at The Lagos Continental Hotel.

Designed as a dynamic hub for learning, collaboration, and industry innovation, the event will
unite top local and international finance experts for a full day of seminars, discussions, and
interactive sessions. Whether you're a newcomer exploring the world of trading or a seasoned
professional seeking deeper insights, Traders Fair 2026 promises valuable knowledge you can
use immediately.

A Full Day of Opportunity and Insight
Attendees will enjoy:
Expert-led seminars from respected industry leaders
Hands-on exhibitions featuring cutting-edge tools, platforms, and financial services
Unmatched networking with traders, analysts, brokers, fintech innovators, and more
Traders Fair offers a rare chance to learn directly from influential voices shaping trends in global

Showcasing Leaders and Innovators in Today’s Evolving Financial Markets
A highlight of the event, topics and content covering Forex,Stocks,AI and Robo Trading will
honour individuals and companies demonstrating exceptional performance, innovation, and
leadership across the finance sector. Guests will witness some of the brightest talents in trading
receive well-earned recognition.

Exciting Lucky Draw for AttendeesAll registered participants will automatically enter the event lucky draw, with the chance to win
exclusive prizes—another great reason to stay for the entire experience.

Event Details
Date: Friday, 10 April 2026
Time: 9:00 AM – 6:00 PM
Venue: The Lagos Continental Hotel, Lagos
Entry: Free online registration
Spaces are limited, and demand is high. Early registration is strongly encouraged to secure your
spot.

Connect. Learn. Grow.
Traders Fair 2026 provides an invaluable platform to connect with the broader trading and
finance community, gain real-world insights, and build meaningful relationships that can power
future growth and success.

For more information or to register, visit www.tradersfair.com or contact
info@tradersfair.com.

Follow Us on Social Media
🌐 Website: tradersfair.com
🐦 Twitter: x.com/tradersfair
▶️ YouTube: youtube.com/user/finexpo



Ringgit cecah 4.08 berbanding dolar AS pagi ini, tertinggi lima tahun

16.12.25

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi pada paras 4.08 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, mencatatkan prestasi paling kukuh dalam hampir lima tahun, didorong peningkatan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia yang merangsang permintaan terhadap mata wang tempatan.

Pada jam 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0890/0970 berbanding dolar AS daripada 4.0930/0980 ketika ditutup semalam. Paras itu kali terakhir dicatatkan pada 30 April 2021 apabila ringgit ditutup pada 4.0870 berbanding dolar AS.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pengukuhan ringgit turut disokong oleh kelemahan dolar AS apabila Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) susut 0.09 peratus kepada 98.309 mata.

Beliau berkata pasaran kini menumpukan perhatian terhadap pengumuman data gaji bukan ladang (NFP) AS bagi November yang dijadualkan malam ini, yang dijangka memberi petunjuk lebih jelas mengenai hala tuju dasar monetari negara itu.

Menurutnya, peniaga dan pelabur sedang menilai data ekonomi utama yang bakal diumumkan untuk mendapatkan isyarat baharu, ketika Rizab Persekutuan AS dilihat berbelah bahagi susulan keputusan terbaharunya menurunkan kadar dasar.

Sehubungan itu, beliau menjangkakan kadar pertukaran dolar AS berbanding ringgit berkemungkinan kekal berhampiran paras semasa dalam jangka terdekat.

Pada pembukaan dagangan, ringgit turut dibuka lebih tinggi berbanding mata wang utama dunia.

Unit tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4707/4814 daripada 5.4793/4860 ketika ditutup pada Isnin, meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.6374/6427 daripada 2.6410/6444, serta menambah nilai berbanding euro kepada 4.8058/8152 daripada 4.8064/8123.

Ringgit juga diniagakan lebih kukuh berbanding kebanyakan mata wang serantau ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1708/1772 daripada 3.1746/1787, mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9826/13.0196 daripada 13.0201/0422, serta naik berbanding rupiah Indonesia kepada 245.3/245.9 daripada 245.5/245.9.

Selain itu, ringgit turut melonjak berbanding peso Filipina kepada 6.92/6.94 daripada 6.93/6.94 ketika ditutup semalam, mencerminkan sentimen positif terhadap mata wang tempatan.



Ringgit diunjur kukuh antara 4.13-4.16 berbanding dolar AS minggu ini

24.11.25

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.13 hingga 4.16 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini, dengan kecenderungan untuk bergerak lebih kukuh selepas melalui pergerakan turun naik minggu lepasketika pasaran menilai semula kemungkinan pengurangan kadar faedah AS pada mesyuarat Disember.

Sepanjang minggu lepas, ringgit susut pada Isnin, Selasa dan Khamis, meningkat pada Rabu, sebelum menutup minggu lepas dengan lebih kukuh walaupun laporan penggajian bukan perladangan AS bagi September mencatatkan 119,000 pekerjaan baharu, melebihi jangkaan pasaran.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata penutupan operasi kerajaan AS selama 41 hari sejak 1 Oktober lalu telah memberikan kejelasan terhadap petunjuk ekonomi, sekali gus mengukuhkan keyakinan pasaran bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) tidak akan menurunkan kadar faedah dalam masa terdekat berdasarkan pergerakan kontrak hadapan.

Sementara itu, Kenanga Investment Bank Bhd menjangkakan pembetulan teknikal dengan ringgit berlegar sekitar paras 4.15 minggu ini susulan pendirian berhati-hati Fed menjelang mesyuarat dasar bulan depan. Dalam nota penyelidikannya, bank pelaburan itu berkata ringgit merosot daripada 4.13 pada Jumaat lalu kepada 4.15 pada Isnin, sebelum mencecah 4.16 pada Selasa selepas pasaran menilai semula impak pembukaan semula operasi kerajaan AS dan hala tuju kadar faedah.

Kenanga juga mengekalkan jangkaannya bahawa kadar faedah AS akan diturunkan sebanyak tiga kali lagi pada 2026.

Bagi Malaysia, aliran masuk dana asing yang stabil ke pasaran bon, pemulihan berterusan hasil eksport serta landskap makroekonomi yang kukuh dijangka menyokong pengukuhan ringgit menjelang akhir tahun.

Bagi perbandingan mingguan, ringgit susut berbanding dolar AS apabila ditutup pada 4.1460/1495 berbanding 4.1290/1345 minggu sebelumnya.

Unit tempatan itu bagaimanapun mengukuh berbanding beberapa mata wang utama, termasuk pound Britain pada 5.4143/4188 daripada 5.4313/4385, euro pada 4.7779/7819 daripada 4.7983/8047 dan yen pada 2.6453/6479 daripada 2.6690/6728.

Berbanding mata wang ASEAN, ringgit diniagakan bercampur-campur, naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1695/1724 daripada 3.1720/1765 namun susut berbanding rupiah Indonesia kepada 248.0/248.3 daripada 247.1/247.5. Ringgit turut rendah berbanding peso Filipina pada 7.04/7.05 daripada 6.99/7.00 serta susut berbanding baht Thailand kepada 12.7601/7759 daripada 12.7356/7580.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

24.11.25

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan dagangan dengan lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, meskipun sentimen pasaran kekal berhati-hati susulan kenyataan bercanggah daripada pegawai kanan Rizab Persekutuan (Fed) mengenai prospek kadar faedah.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.1435/1590 berbanding dolar AS daripada 4.1460/1495 ketika ditutup pada Jumaat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pegawai kanan Fed memberi isyarat berbeza mengenai dasar monetari negara itu.

Menurutnya, Presiden Fed Boston belum bersedia menyokong penurunan kadar faedah pada Disember berikutan petunjuk bercampur daripada pasaran pekerjaan serta risiko inflasi. Sebaliknya, Presiden Fed New York menyatakan pendirian dasar semasa adalah ketat, membuka kemungkinan ruang untuk penurunan kadar faedah penanda aras itu.

Pada sesi pembukaan, ringgit turut mencatat peningkatan berbanding beberapa mata wang utama apabila mengukuh berbanding yen kepada 2.6447/6548 daripada 2.6453/6479 dan naik berbanding euro kepada 4.7679/7858 daripada 4.7779/7819.

Namun, mata wang tempatan rendah berbanding pound apabila menyusut kepada 5.4263/4466 daripada 5.4143/4188.

Prestasi ringgit berbanding mata wang ASEAN pula bercampur-campur. Ia rendah berbanding baht kepada 12.7649/8230 daripada 12.7601/7759, meningkat berbanding rupiah kepada 247.8/248.9 daripada 248.0/248.3, kekal mendatar berbanding peso pada 7.04/7.07, dan hampir tidak berubah berbanding dolar Singapura pada 3.1695/1816 berbanding 3.1695/1724.



Anda Berdagang, XM Menghargai Anda

24.11.25
XM


Setiap dagangan adalah satu peluang — dan bersama XM, ia disertakan dengan ganjaran. ✨


Kumpul XM Coins setiap kali anda berdagang melalui Kelab Pedagang XM, kemudian tukarkan XM Coins anda kepada ganjaran sebenar: wang tunai, bonus dagangan, malah percutian!


Lihat berapa banyak ganjaran yang telah anda kumpul 🔗 DI SINI -  XM Members area


Ringgit akhiri kenaikan selama lapan hari berturut-turut

16.11.25

 


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan pasaran mengalami pembetulan sederhana selepas mencatat peningkatan baru-baru ini walaupun data ekonomi domestik adalah menggalakkan.

Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.1290/1345 berbanding dolar AS daripada 4.1260/1300 semasa ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata peniaga mengambil keuntungan selepas mata wang tempatan meningkat dengan ketara sepanjang lapan hari dagangan lalu.

"Momentum kenaikan yang kukuh dalam sesi dagangan sebelum ini mungkin mendorong sebahagian peniaga untuk mengambil keuntungan mereka.

"Selain itu, seperti yang diumumkan hari ini, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 5.2 peratus pada suku ketiga 2025 yang seiring dengan jangkaan konsensus, terus menunjukkan momentum ekonomi yang stabil sekali gus menawarkan sokongan jangka sederhana kepada ringgit," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Mohd Afzanizam berkata, pembukaan semula Kerajaan Persekutuan AS memberikan sedikit sokongan kepada dolar AS walaupun kesannya terhadap pasaran mata wang masih terkawal.

Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen kepada 2.6690/6728 daripada 2.6700/6728 semasa ditutup pada Khamis tetapi merosot berbanding euro kepada 4.7983/8047 daripada 4.7928/7974 semalam dan rendah berbanding pound kepada 5.4313/4385 daripada 5.4282/4334 sebelum ini.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang itu mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.7356/7580 daripada 12.7724/7903 semasa ditutup semalam dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1720/1765 daripada 3.1729/1762.

Bagaimanapun, ia susut berbanding rupiah Indonesia kepada 247.1/247.5 daripada 246.6/247.0 semalam dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 6.99/7.00.

Traders Fair Returns to Manila in 2026: Connecting the Global Trading Community

11.11.25

 


Traders Fair Returns to Manila in 2026: Connecting the Global Trading Community

The much-anticipated Traders Fair is set to return to the Philippines on May 9, 2026, at Edsa Shangri-La, Manila. Organized by IEvents, this premier financial event will once again gather traders, investors, finance enthusiasts, and leading global experts for a full day of learning, networking, and inspiration in the world of trading and investments

Empowering the Philippine Financial Community

As the local trading landscape continues to expand, Traders Fair Manila 2026 arrives at an exciting time for Filipino traders and investors. The event serves as a vital platform for both beginners and professionals to gain actionable insights into forex, crypto, stocks, and fintech innovation, while connecting with trading communities, academies, and global industry leaders.

Traders Fair: Connecting the Global Trading Community

Traders Fair, launched in 2018, has become one of the world’s leading financial education and networking events, uniting traders, investors, brokers, fintech innovators, and educators across Asia and beyond. With regular stops in cities such as Bangkok, Manila, Hanoi, Singapore, Johannesburg, Seoul, and Ho Chi Minh City, it continues to connect and empower the global trading community through a dynamic and experience-driven format. Traders Fair offers an immersive environment filled with live seminars, interactive workshops, and practical demonstrations led by renowned industry experts, offering valuable insights into forex, stocks, commodities, crypto, fintech innovations, and market strategies. Beyond learning, it serves as a powerful networking platform where participants can connect directly with international brands, brokers, trading academies, and fintech startups, discovering new collaborations and business opportunities. The event’s vibrant atmosphere, complete with engaging exhibitions, and exciting lucky draws, makes it not just an educational fair but a memorable experience for both new and seasoned traders. At its heart, Traders Fair is about creating a space where learning, innovation, and community intersect, helping individuals and organizations stay ahead in the ever-evolving world of finance.

Join Us at Traders Fair Manila 2026

Whether you’re a seasoned trader, a financial professional, or just beginning your investment journey, Traders Fair Manila 2026 offers a unique opportunity to expand your knowledge, grow your network, and experience the pulse of the global trading community  all in one day.

Event Date: May 9, 2026
Venue: Edsa Shangri-La, Manila
Website: www.tradersfair.com
Email: info@tradersfair.com

Follow TRADERS FAIR on Social Media:

● Facebook: https://www.facebook.com/TradersFair

● Instagram: https://www.instagram.com/tradersfair.asia

● YouTube: https://www.youtube.com/user/finexpo

● Linkedin: https://www.linkedin.com/company/ievents-pro/

● Twitter: https://x.com/tradersfair?s=21&t=k19Hz6DAq21wdg0bmEMnQQ




 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini
... /*]]>*/